Sunday, December 1, 2013

Muqaddimah - Dimana Dakwahku

بسم الله الرمن الرحيم

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

Aku mulakan penulisaku ini dengan rasa rendah diri kerana diri ini sebenarnya penuh dengan kekurangan. Walaupun terlibat dengan gerakan dakwah, namun aku tidak nampak langsung sumbanganku kepada ummah. Ilmu yang cetek dalam bidang agama kerana diriku bukanlah berlatar belakangkan pendidikan agama cuma belajar sedikit sebanyak agama dari ibu, ayah serta guru-guru yang mengajar di masjid-masjid. Bidangku lebih menuju ke arah teknologi dan amat jauh dari bidang agama jika terus dibiarkan.

Aku berfikir dan terus berfikir...

Dimana gerak kerja dakwahku? Apa telah aku sumbangkan untuk agama? Apakah nak tunggu lepas habis belajar? Sempatkah bertemu dengan waktu itu? Pelbagai persoalan bermain dikepalaku dan aku terus mencari jawapan bagi setiap soalan itu. Aku perlu bertindak sekarang, kalau tidak... Bila lagi?

Kerana hal inilah aku berkata pada diriku apa kiranya jika aku cuba mewujudkan satu blog yang mana aku menjadikannya sebagai sebuah medium dakwah agar dapatku menggerakkan dakwahku walaupun kecil nampaknya, tapi inshaaAllah berterusan. Semoga Allah permudahkan serta melancarkan perancangan aku dalam dakwah yang kecil ini.

Semoga aku tetap istiqamah dalam perjuangan.... Janganlah biarkan aku terus lalai dengan dunia yang melekakan. Terlalu banyak liku-liku kehidupan yang harus ku tempuh. Aku pastinya tidak mampu menempuhnya tanpa pertolongan dari-Mu ya Allah.

Aku sedar penulisanku tidaklah seberapa, tapi aku tetap untuk cuba. InshaaAllah jika aku istiqamah... Hari demi hari ia akan bertambah baik inshaaAllah.